- Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik.
- Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.
- Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.
- Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi).
- Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.
Matematik Kertas 2
- Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1.
- Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.
- Calon juga perlu ingat setiap kertas soalan ada persamaannya.
- Jadi, calon hendaklah memerhati setiap soalan yang diberikan.