Wednesday, May 19, 2010

Pastikan Baca Arahan dan Soalan dengan Betul

Matematik Kertas 1

  • Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik.
  • Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.
  • Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.
  • Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi).
  • Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.

Matematik Kertas 2

  • Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1.
  • Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.
  • Calon juga perlu ingat setiap kertas soalan ada persamaannya.
  • Jadi, calon hendaklah memerhati setiap soalan yang diberikan.